Monday, February 21

kau atau dia? (episod 3)

 "Kali ni... sudah masuk 6 kali awak datang lewat.. apa masalah awak sebenarnya?," soal PN. Miemon. PN. Miemon menghulur sepucuk surat berwarna putih kepada ku.
 "Ini surat amaran awak yang kedua..." ujar PN. Miemon.
 "Cuba awak contohi kakak awak.. seorang pengawas yang berdedikasi..." aku mencebik wajah.
 "Awak boleh keluar sekarang.. saya harap awak takkan lewat untuk hari esok lagi.." pesan PN. Miemon.
 "Insya-Allah.. esok saya takkan lewat lagi.. esok saya datang sebelu subuh.." ujar ku selamba. Aku berjalan keluar dari pejabat yang dingin itu.
 "Sikit-sikit akak... Sikit-sikit akak.. tak ada orang lain ke? Ramunagem ke... Tigunaren ke.." omel ku sambil berjalan menuju ke kaki lima sekolah.
 "Untung kau.. hari-hari, PN. Miemon sambut macam VVIP...," sindir satu suara sumbang dari arah kanan ku. Sindiran itu datang daripada seorang pelajar yang bernama Didi, pelajar yang paling gedik dan paling aku tak suka. Kira bencilah ! Tak perlu menafikanlah kalau dekat dunia ni, tiada manusia otak masuk air macam dia.
 "Kenapa kau sibuk sangat nak tau?," soal ku sambil memandangnya.
 "Kau jealous ke?," soal ku lagi.
 "Buat apa seh nak jealous dengan kau. Kau tu anak driver taxi je..," bidas Didi. Dia ni kan, memang suka buat orang marah !
 "Kau ni kenapa ? !," ujar ku dengan nada kasar.


ape yang berlaku seterusnya? ? siapa Didi sebenarnya? ?
apa mahu nya Didi dengan Farah Atiya? ?
nanti kan episod seterusnya, yeah !