"Habis basah tilam Tiya..," rungutku. mama memandangku sambil tersenyum.
"Padan muka.. habis, susah sangat nak bangun..," kata mama sambil ketawa kecil.
"Kalau ye pun.. kejut lah elok-elok..," rungutku lagi.
"Nak kejut yang elok macam mana lagi? mama beli 7 biji jam, tu pun susah nak bangun..," bebel mama. Aku memandang ke arah jendela kerana tidak mahu mendengar bebelannya.
"Ala.. Tiya penat la.. Semalam kan, Tiya ada latihan bola baling.. tu yang tak sedar jam bunyi..," ujarku. Memang benar aku keletihan kerana latihan bola baling.
"Kalau penat sebab semalam je, mama tak kisah.. tapi kalau hari-hari lambat... mama letak bom dekat sebelah pun.. belum tentu dengar..tu.. tengok jam dah pukul berapa..," arah mama. Aku memandang ke arah yang berada di atas meja kecil yang terletak di tepi katil ku. Terbeliak mata ku apabila melihat jam yang menunjukkan sudah hampir pukul 7 pagi. nanti kan episod seterusnya yeup ! ! !